image
my blog ! Happy blogging ^^
image image image image
Friday, April 6, 2012

Rasa gembira dan happy (eh bukan sama ke) lantak la...
sebab ada orang puji blog aku unik dan comel ! auwww hahaha....
At least org hargai hasil usaha aku meng-edit blog ni..aduhhhhh ! penat weiii...

Actually blog ni just untuk experiment aku belajar menggunakan blogskin..that's y kalau korg perasan blog ni ada bnyk kekurangannya...

Jadi,aku mohon pertolongan korang yg mahir dlm blogskin ni..untuk beri tunjuk ajar pd aku..k :)

Blog aku yg sebenar-benarnya.....blog HEARTBOOK...^^

Labels:


8:32 PM

Maaf ye..aku tak tahu mcm mana nak masukkan komen..bila guna blogskin ni.. So,sesiapa yang tahu mcm mana nak masukkan komen..pliss bagitahu A.S.A.P...k TQ! ((bgtahu kat cbox tau!)^^

Hari ni..rasa mcm xde nafsu untuk ber-blogging...
Tak tahu kenapa...
bukak Blog Heartbook xde nafsu...
Bukak blog yg ni lagi la xde nafsu...
sebab xde org nk follow sini..huhu..
sedihhhh :(

Actually,tak tahu apa nk update..sje2 je ni..
tengok blog ni kosong je..org jenguk pun ada la sorg dua..huhu..
jadi update la sikit.

Bg dia meriah sikit :)
(walaupun..tak meriah mana pun) haha!

Labels:


11:36 AM

Maaf ye..aku tak tahu mcm mana nak masukkan komen..bila guna blogskin ni.. So,sesiapa yang tahu mcm mana nak masukkan komen..pliss bagitahu A.S.A.P...k TQ! ((bgtahu kat cbox tau!)^^
Thursday, April 5, 2012


Segmen ni simple je...jadi entry aku pun jadi simple je..hehehe..

So,mcm biasa nak join..klik banner kat atas tu ye.
TQ.

Labels:


1:36 AM

Maaf ye..aku tak tahu mcm mana nak masukkan komen..bila guna blogskin ni.. So,sesiapa yang tahu mcm mana nak masukkan komen..pliss bagitahu A.S.A.P...k TQ! ((bgtahu kat cbox tau!)^^

Photobucket

Join segmen !!

Syaratnya...tiada syarat pun yang dikenakan..hehe..
Menarikkan kan ?
Klik banner di atas..jika berminat untuk join.
TQ.

Labels:


1:27 AM

Maaf ye..aku tak tahu mcm mana nak masukkan komen..bila guna blogskin ni.. So,sesiapa yang tahu mcm mana nak masukkan komen..pliss bagitahu A.S.A.P...k TQ! ((bgtahu kat cbox tau!)^^

Join GA dr blog BBC...

Syaratnya perlu follow blog BBC tanpa gagal... ^^

Nak join..klik saje banner di atas.

Labels:


1:18 AM

Maaf ye..aku tak tahu mcm mana nak masukkan komen..bila guna blogskin ni.. So,sesiapa yang tahu mcm mana nak masukkan komen..pliss bagitahu A.S.A.P...k TQ! ((bgtahu kat cbox tau!)^^
Thursday, January 5, 2012


Hari ni..aku nak kongsikan apa yang aku dah baca..tentang PENGURUSAN MASA~

7 PRINSIP PENGURUSAN MASA :

  1. Senaraikan tugas yang perlu dilakukan. Dengan cara ini,gambaran menyeluruh mengenai tugas yang perlu dilakukan dapat dilihat dengan teliti Anda juga mengetahui apa yang sepatutnya dilakukan dalam tempoh yang ditentukan.
     
  2. Pecahkan tugas2 besar kepada tugas2 kecil. Cara ini secara tidak langsung memudahkan tugas itu untuk dilaksanakan.

  3. Tentukan dan asingkan tugas yang perlu disiapkan mengikut keutamaan. Catatkan tugas mana yang hendak didahulukan dan tugas mana yang dikemudiankan.

  4. Jangan menangguhkan kerja. Mulakan sesuatu kerja dengan penuh minat dan konsisten. Tabiat menangguh-nangguhkan kerja sering berlaku dalam kalangan remaja yang tidak tahu menguruskan masa dengan betul. Sebilangan remaja suka melakukan kerja di saat akhir dalam keadaan tergesa-gesa. Hasil kerja anda sebenarnya lambang keperibadian dan tabiat anda.

  5. Bersikap realistik dalam penggunaan masa. Penggunaan masa mestilah lebih realistik berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang disedari. Atur masa supaya bersesuaian dengan potensi diri.

  6. Jangan merancang untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan. Perancangan yang dibuat mestilah masih dalam batas yang ditetapkan. Manusia memerlukan rehat bagi menghasilakan kerja yang lebih berkualiti. Anda boleh berfikir secara rasional sama ada mampu atau tidak untuk melakukan perancangan yang telah dibuat.

  7. Sempurnakan tugas dengan sebaik mungkin. Tiada guna merancang kalau setiap disiplin perancangan itu tidak diikuti. Sempurnakan tugas satu per satu  bagi merealisasikan perancangan dan matlamat anda. Andai kata anda gagal dalam mengendalikannya,hadapilah kenyataan itu dengan sikap positif dan terbuka.


ok..renung-renungkan..dan selamat beramal~ ;p haha!

Labels:


9:57 PM

Maaf ye..aku tak tahu mcm mana nak masukkan komen..bila guna blogskin ni.. So,sesiapa yang tahu mcm mana nak masukkan komen..pliss bagitahu A.S.A.P...k TQ! ((bgtahu kat cbox tau!)^^


Hai..hai...hai....haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~hehe! ;p

Korang semua!! HAPPY NEW YEAR !!!!!!!!!  hehe!

Aku rasa masih belum terlambat kot nak ucap HAPPY NEW YEAR kat korg semua... alaa baru 5/1/2012 belum seminggu lagi..kan ^^ lalala..hehe..bukan apa...masa malam tahun baru tu aku busy..xde masa dah nak update blog..hari ni baru lah berkesempatan nak jengah sini...haihhhhh~

Malam new year aku kat uma je la...xde gi mana2 pun....tak pe la..kat uma pun dapat tengok bunga api gak ;p heheh..hey3..walaupun kawasan uma aku ni pendalaman...kan...tapi bunga api new year tu mcm kat dataran weiii...hahhahaha...besar sungguh la...dekat je ngan rumah aku...sebelum kul 12 tu...aku duk dlm bilik je...tepat kul 12..dah mula bunyi dentum sana dentum sini..perghhhh berlari sakan aku ke belakang pasal nak tengok bunga api punya pasal...hahahha **macam kelakar je** hehehe ;p tapi bunga api kejap je..dlm 20 ke 30 minit je..pas tu aku masuk bilik...:))

Langkah kaki masuk ke rumah lepas tengok bunga api tu..maka aku pun dah melangkah ke tahun baru..2012...di mana aku akan meninggalkan 2011 yg penuh dengan kenangan ^^

Haihhh maka berakhirlah episod aku bergelar remaja belasan tahun..memang aku nak lupakan peristiwa2 yg berlaku sepanjang umur belasan tahun ni...tapi tak bermakna aku melupakan semua...cuma apa yg pahit aku lupakan yg manis aku jdkan kenangan...tapi kadang tu peristiwa yg manis tu yg akn membuat kita menangis..huhhhh! tak tau la kenapa...hmmmm~ 

Tak pe la kan..walau apa pun..semua tu dah berlalu..sekarang ni..kita kena fokus untuk masa akan datang..,sentiasa berdoa..agar tahun 2012 ni lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya..aminn~


Labels:


3:34 AM

Maaf ye..aku tak tahu mcm mana nak masukkan komen..bila guna blogskin ni.. So,sesiapa yang tahu mcm mana nak masukkan komen..pliss bagitahu A.S.A.P...k TQ! ((bgtahu kat cbox tau!)^^
Sunday, December 11, 2011


Entry kali ni..aku nak kongsi sikit apa yang aku baca..khusus untuk kaum Hawa ;) - perempuan la tu ;p
  • MINGGU 1 : Minggu Setelah Haid
Pada minggu ni,lepas habis haid,kadar hormon estrogen mulai naik. Jadi,secara psikologi kita akan rasa lebih yakin,bersemangat dalam menghadapi aktiviti harian. Manfaatkan situasi yang menyenangkan ini untuk merancang aktiviti yang tergendala. Misalnya, siapkan kerja yang terbengkalai atau menyiapkan urusan yang masih tertunda.

  • MINGGU 2 : Masa subur
Inilah saat hormon estrogen berada pada titik puncak dan produksi hormon progesterone juga meningkat. Efek psikologi yang kita rasa pada saat ini adalah merasakan diri sangat lah seksi dan sensual. Tak hairanlah kalau masa ni sikap kita agak menggoda. Manfaatkan situasi ini untuk menebarkan pesona dan energi positif yang ada pada diri kita kepada semua orang. Ini akan membuatkan semua orang akan lebih menyukai diri kita.

  • MINGGU 3 : Pra-Mentruasi (PMS)
Haid ! makan coklat..jumlah hormon estrogen mulai menurun dan kadar hormon progesterone mulai tak stabil. Kita akan mula merasakan hal2 yang tidak menyenangkan seperti cepat melenting,marah,kecewa dan mudah menangis. Kalau dah macam ni lebih baik kita elakkan diri daripada melakukan aktiviti yang boleh membangkitkan emosi.

  • MINGGU 4 : Masa Menstruasi
Pada masa ni semua hormon berada di tahap yang rendah. Jadi, tak hairan lah kalau masa ni kita akan terasa cepat penat dan macam nak tidur je. Usahakan untuk banyak berehat agar tubuh dapat menjalankan tugasnya dengan baik.

PERLU TAHU NI -->> :
  1. Kitaran menstruasi tidak sama pada setiap gais. Meskipun rata2 sekitar 28hari,tetapi da juga yang 24hari,30hari atau 35hari. Kitaran yang tidak teratur biasanya terjadi pada sesiapa yang baru mengalami menstruasi. Tubuh kita memerlukan waktu untuk  melakukan penyesuaian pada kebiasaan baru ini. Jadi, boleh jadi kitaran menstruasi kita adalah 28hari selama tiga bulan,tetapi tiba2 berubah pada bulan berikutnya atau malah tidak datang period selama sebulan. Selepas beberapa tahun,kitaran ini akan menjadi semakin teratur. So,jangan bimbang ya !
  2. Selama menstruasi , darah atau lapisan yang berbentuk pada dinding rahin akan mengalir keluar melalui vagina, termasuk juga sel telur yang mati kerana tidak dibuahi pleh sperma. Tempoh menstrusi berbeza-beza pada setiap gadis,ada yang hanya 2 atau 3 hari atau ada yang sampai 8 hari. apa pun selagi masih di bawah 15 hari, itu NORMAL !
  3. Kitaran menstruasi seorang gadis dikira bermula dari hari pertama menstruasi atau period datang,sampai ke hari pertama menstruasi di bulan berikutnya. Jadi, jika seorang gadis mengalami menstruasi pada tarikh 2 mei, kemudian yang berikutnya jatuh pada tarikh 31 mei, maka kitaran menstruasinya berlangsung selama 31 hari ditolak dengan 2 hari iaitu (31-2 = 29 hari). Jadi, biasakan untuk tanada pada kalendar pada setiap hari pertama ,menstruasi pada setiap bulan.
  4. Banyaknya cairan darah yang terbuang juga berbeza pada setiap gadis. Walaupun kita sering terkejut bila banyak darah yang keluar,tetapi sebenarnya itu adalah sesuatu yang wajar dan tidak membuatkan kta menjadi anemia(kekurangan darah).
  5. Tepat pada pertengahan kitaran (kalau kitaran kita 30 hari,means pada hari ke 15) bermula lah pelepasan sel telur.
  6. Pelepasan sel telur dari ovarium ke rahim ini berlangsung selama beberapa hari (biasanya sampai hari ke 21), sel telur akan melakukan perjalanan menuju ke rahim sambil menanti dibuahi oleh sperma. Saat inilah yang dikenali sebagai masa subur.
  7. tEpat pada hari terakhir menstruasi , tubuh kita akan melepaskan hormon yang memerintahkan rahim untuk menerima sel telur baru dari ovarium. Rahim pun menyiapkan diri dengan kembalii menebalkan dindingnya dengan darah dan pelbagai zat yang diperlukan oleh sel telur agar boleh berkembang. Proses ini berlaku sampai hari ke 14 (ingat,hari 1 ialah hari pertama menstruasi kita).

sekadar perkongsian =)

Labels:


8:22 AM

Maaf ye..aku tak tahu mcm mana nak masukkan komen..bila guna blogskin ni.. So,sesiapa yang tahu mcm mana nak masukkan komen..pliss bagitahu A.S.A.P...k TQ! ((bgtahu kat cbox tau!)^^
Monday, December 5, 2011

"5 CARA MENGENALI LELAKI UBERSEKSUAL"

Selama ni kan..kita selalu dengar pasal lelaki metroseksual..so hari ni kita tengok plak pasal lelaki uberseksual ~
  1. Tidak dibuat-buat - Sifat kelakian dan ketampanan lahir secara semula jadi. Mereka tidak perlu merujuk daripada majalah mahupun mendapatkan pandangan perunding tentang pemilihan fesyen diri. Tidak kira apa jua yang disarungkan pada badan mereka,semuanya kelihatan  elok saja. Bahkan mereka merasa yakin dengan apa yang ditampilkan. Keyakinan yang ada itu membantu mereka untuk mengharungi kehidupan,mereka cuba menerima apa jua yang datang dengan lapang dada dan tidak menjadikannya lebih sukar.

  2. Punya teman akrab - Lelaki biasanya tidak memerlukan teman yang akrab untuk berkongsi suka dan duka,namun sebaliknya bagi lelaki uberseksual. Mereka mempunyai ramai teman akrab dan sering melakukan aktiviti bersifat maskulin bersama. Bagi mereka,meluangkan masa bersama-sama teman juga penting. Selain bercerita tentang bola sepak,mereka juga akan setia mendengar sekali gus bertukar pendapat mengenai masalah yang dihadapi. Dengan itu jiwa mereka lebih tenang dan dapat mengharungi hari mendatang dengan lebih baik.
  3. Tidak Obses - Berbanding dengan lelaki metroseksual,lelaki jenis uberseksual tidak perlu terlalu berusaha untuk tampil bergaya. Mereka juga tidaj beria-ia berdandan dan menggunakan produk penjagaan diri berjenama. Ini kerana keadaan semula jadi mereka sudah sedia menawan jadi mereka hanya perlu mempertahankannya sahaja. Golongan ini gemarkan sesuatu yang ringkas dan hasilnya memadailah sederhana. Tidak perlu menghias diri secara keterlaluan kerana mereka sudah sedia memukau.
  4. Ramah mesra - Inilah sifat baik yang ada pada diri uberseksual. Mereka amat mementingkan perhubungan. jadi,mereka sebaik mungkin akan menjaga dan menjalin perhubungan dengan orang sekeliling. Ketika bergaul,mereka tidak cerewet dan memilih. Sebaliknya mereka akan berkenalan dan bertegur sapa dengan sesiapa saja tanpa mengira latar belakang orang itu. Inilah yang menjadikan mereka lebih istimewa. Tidak kira lelaki atau wanita mereka mudah bergaul.

  5. Berkarier mantap - Golongan ini berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Setelah terjun dalam satu-satu bidang,mereka akan pastikan ianya berjaya. Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengecapi impian mereka agar apa yamng diusahakan benar-benar berjaya. Tidak ada perkataan mengalah atau putus asa dalam kamus hidup mereka. Oleh itu, ramai yang memilih uberseksual sebagai idola,sama ada dalam kehidupan peribadi mahu pun kerjaya.

Labels:


8:37 AM

Maaf ye..aku tak tahu mcm mana nak masukkan komen..bila guna blogskin ni.. So,sesiapa yang tahu mcm mana nak masukkan komen..pliss bagitahu A.S.A.P...k TQ! ((bgtahu kat cbox tau!)^^
Tuesday, November 15, 2011


"mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya." Cubalah fikirkan... siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? 

Fikir...

Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir... barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, "Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!"

Labels:


6:48 AM

Maaf ye..aku tak tahu mcm mana nak masukkan komen..bila guna blogskin ni.. So,sesiapa yang tahu mcm mana nak masukkan komen..pliss bagitahu A.S.A.P...k TQ! ((bgtahu kat cbox tau!)^^


 "BUAT PERINGATAN KITA SEMUA =)) "

Aku cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!”…”I love u sooo much honey”… “aku tak boleh hidup tanpamu!”…”Aku sanggup mati untuk mendapatkanmu”…”Aku sanggup lakukan apa sahaja untukmu”…”Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u”..

Itulah antara kata-kata indah yang selalu diungkapkan oleh sang putri (wanita) kepada teman lelaki mereka. Kata-kata ini seolah-olah menunjukkan bahawa teman lelaki merekalah yang menciptakan dan memberi nyawa kepada mereka. Kata-kata ini juga boleh menyebabkan dia menjadi syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.

Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya selepas dia berkalimah syahadah, dengan mengaku ‘tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah’ tetapi dalam masa yang sama diatidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.
Siang malam menghabiskan duit. Koman-koman sehari mereka akan menghabiskan hampir RM 100 hanya untuk ‘topup’ credit phone untuk menghubungi dan bermesej-mesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang dimesejkannya?. ‘U dah makan?”….”U ada kat mana?”…’I miss u sayang”…”U tak tidur lagi ke?…”U ada teman baru ke?”…itulah antara mesej-mesej yang boleh dikatakan menjadi satu kewajipan bagi mereka. Bayangkan jikalau mereka menggunakan duit itu di jalan Allah. Seperti, print artikel dakwah, pastu potostat banyak-banyak. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang Allah hadiahkan kepada mereka?.

Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat khabar. Ha itulah antara tajuk yang fofular. Tunjuklah gambar ibu bapa dengan muka sedihnya merayu “pulanglah anakku..mak masih sayang padamu..kenapa buat mak macam ni”?… Tak reti bersyukur!. Derhaka!. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk manusia sebegini. Bayangkan hanya baru mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh terus hanyut dan mengenepikan ibu bapamu yang telah membelamu berbelas tahun?. Bahkan berpuluh tahun?. Cubalah refresh balik bagaimana seksanya Ibumu mengandungkanmu selama 9 bulan, membawamu ke sana ke sini tanpa sedikit pun mengeluh. Ayahmu pula tak henti-henti keluar ke sana ke sini mencari rezeki untuk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yang mereka dapat?. Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa mereka dengan ‘mengandung anak haram’…petuiih. Tak ada rasa malukah mereka-mereka ini?. Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye. ehehehe…

“Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey”..wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?. “No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup”. Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can. Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa baju (fewwiit). Ada yang beraksi telanjang terus (cayyalah wei). Ada yang beraksi kat taman-taman (cuba try tengok kat tempat korang  ). Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!). Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab nak buat kenangan. 2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. ‘Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!.”..Si teman lelaki “……………….”. Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si teman lelaki? “…..Tut….Tut….Tut…”..Handphone ditutupkan!.

Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut “..Please try later..”. Jeng jeng jeng!!!…hampa nak buat apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak (orang gemuk jangan terasa). Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. “Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!.”..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan. “Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem”?. Tanya si kawan. Dia menjawab. “I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari.”…Betapa terkejutnya si kawan. “Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!.” Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau.

Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.. Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam pulak anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Dia biarkan anaknya dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!. Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last-last. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?. OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala-galanya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH-PEDIHNYA!.

Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kenapa kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. “Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri”. Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!.

Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati-hatilah.

“Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan.” (Fathir, 37)

Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?. Takut Allah tidak menerimamu?. Dosamu banyak? Lebih banyak daripada air di lautan?. Ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!. Sekalipun kamu melakukan syirik kepada Allah, kemudian bertaubat!. Nescaya Allah menerimanya!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.

Bukti cinta Allah yang teramat Agung!. Dalam sebuah Hadits Qudsi:

“Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, necaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu, Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dna Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut.”

Labels:


5:38 AM

Maaf ye..aku tak tahu mcm mana nak masukkan komen..bila guna blogskin ni.. So,sesiapa yang tahu mcm mana nak masukkan komen..pliss bagitahu A.S.A.P...k TQ! ((bgtahu kat cbox tau!)^^