image
my blog ! Happy blogging ^^
image image image image
Sunday, December 11, 2011


Entry kali ni..aku nak kongsi sikit apa yang aku baca..khusus untuk kaum Hawa ;) - perempuan la tu ;p
  • MINGGU 1 : Minggu Setelah Haid
Pada minggu ni,lepas habis haid,kadar hormon estrogen mulai naik. Jadi,secara psikologi kita akan rasa lebih yakin,bersemangat dalam menghadapi aktiviti harian. Manfaatkan situasi yang menyenangkan ini untuk merancang aktiviti yang tergendala. Misalnya, siapkan kerja yang terbengkalai atau menyiapkan urusan yang masih tertunda.

  • MINGGU 2 : Masa subur
Inilah saat hormon estrogen berada pada titik puncak dan produksi hormon progesterone juga meningkat. Efek psikologi yang kita rasa pada saat ini adalah merasakan diri sangat lah seksi dan sensual. Tak hairanlah kalau masa ni sikap kita agak menggoda. Manfaatkan situasi ini untuk menebarkan pesona dan energi positif yang ada pada diri kita kepada semua orang. Ini akan membuatkan semua orang akan lebih menyukai diri kita.

  • MINGGU 3 : Pra-Mentruasi (PMS)
Haid ! makan coklat..jumlah hormon estrogen mulai menurun dan kadar hormon progesterone mulai tak stabil. Kita akan mula merasakan hal2 yang tidak menyenangkan seperti cepat melenting,marah,kecewa dan mudah menangis. Kalau dah macam ni lebih baik kita elakkan diri daripada melakukan aktiviti yang boleh membangkitkan emosi.

  • MINGGU 4 : Masa Menstruasi
Pada masa ni semua hormon berada di tahap yang rendah. Jadi, tak hairan lah kalau masa ni kita akan terasa cepat penat dan macam nak tidur je. Usahakan untuk banyak berehat agar tubuh dapat menjalankan tugasnya dengan baik.

PERLU TAHU NI -->> :
  1. Kitaran menstruasi tidak sama pada setiap gais. Meskipun rata2 sekitar 28hari,tetapi da juga yang 24hari,30hari atau 35hari. Kitaran yang tidak teratur biasanya terjadi pada sesiapa yang baru mengalami menstruasi. Tubuh kita memerlukan waktu untuk  melakukan penyesuaian pada kebiasaan baru ini. Jadi, boleh jadi kitaran menstruasi kita adalah 28hari selama tiga bulan,tetapi tiba2 berubah pada bulan berikutnya atau malah tidak datang period selama sebulan. Selepas beberapa tahun,kitaran ini akan menjadi semakin teratur. So,jangan bimbang ya !
  2. Selama menstruasi , darah atau lapisan yang berbentuk pada dinding rahin akan mengalir keluar melalui vagina, termasuk juga sel telur yang mati kerana tidak dibuahi pleh sperma. Tempoh menstrusi berbeza-beza pada setiap gadis,ada yang hanya 2 atau 3 hari atau ada yang sampai 8 hari. apa pun selagi masih di bawah 15 hari, itu NORMAL !
  3. Kitaran menstruasi seorang gadis dikira bermula dari hari pertama menstruasi atau period datang,sampai ke hari pertama menstruasi di bulan berikutnya. Jadi, jika seorang gadis mengalami menstruasi pada tarikh 2 mei, kemudian yang berikutnya jatuh pada tarikh 31 mei, maka kitaran menstruasinya berlangsung selama 31 hari ditolak dengan 2 hari iaitu (31-2 = 29 hari). Jadi, biasakan untuk tanada pada kalendar pada setiap hari pertama ,menstruasi pada setiap bulan.
  4. Banyaknya cairan darah yang terbuang juga berbeza pada setiap gadis. Walaupun kita sering terkejut bila banyak darah yang keluar,tetapi sebenarnya itu adalah sesuatu yang wajar dan tidak membuatkan kta menjadi anemia(kekurangan darah).
  5. Tepat pada pertengahan kitaran (kalau kitaran kita 30 hari,means pada hari ke 15) bermula lah pelepasan sel telur.
  6. Pelepasan sel telur dari ovarium ke rahim ini berlangsung selama beberapa hari (biasanya sampai hari ke 21), sel telur akan melakukan perjalanan menuju ke rahim sambil menanti dibuahi oleh sperma. Saat inilah yang dikenali sebagai masa subur.
  7. tEpat pada hari terakhir menstruasi , tubuh kita akan melepaskan hormon yang memerintahkan rahim untuk menerima sel telur baru dari ovarium. Rahim pun menyiapkan diri dengan kembalii menebalkan dindingnya dengan darah dan pelbagai zat yang diperlukan oleh sel telur agar boleh berkembang. Proses ini berlaku sampai hari ke 14 (ingat,hari 1 ialah hari pertama menstruasi kita).

sekadar perkongsian =)

Labels:


8:22 AM

Maaf ye..aku tak tahu mcm mana nak masukkan komen..bila guna blogskin ni.. So,sesiapa yang tahu mcm mana nak masukkan komen..pliss bagitahu A.S.A.P...k TQ! ((bgtahu kat cbox tau!)^^
Monday, December 5, 2011

"5 CARA MENGENALI LELAKI UBERSEKSUAL"

Selama ni kan..kita selalu dengar pasal lelaki metroseksual..so hari ni kita tengok plak pasal lelaki uberseksual ~
  1. Tidak dibuat-buat - Sifat kelakian dan ketampanan lahir secara semula jadi. Mereka tidak perlu merujuk daripada majalah mahupun mendapatkan pandangan perunding tentang pemilihan fesyen diri. Tidak kira apa jua yang disarungkan pada badan mereka,semuanya kelihatan  elok saja. Bahkan mereka merasa yakin dengan apa yang ditampilkan. Keyakinan yang ada itu membantu mereka untuk mengharungi kehidupan,mereka cuba menerima apa jua yang datang dengan lapang dada dan tidak menjadikannya lebih sukar.

  2. Punya teman akrab - Lelaki biasanya tidak memerlukan teman yang akrab untuk berkongsi suka dan duka,namun sebaliknya bagi lelaki uberseksual. Mereka mempunyai ramai teman akrab dan sering melakukan aktiviti bersifat maskulin bersama. Bagi mereka,meluangkan masa bersama-sama teman juga penting. Selain bercerita tentang bola sepak,mereka juga akan setia mendengar sekali gus bertukar pendapat mengenai masalah yang dihadapi. Dengan itu jiwa mereka lebih tenang dan dapat mengharungi hari mendatang dengan lebih baik.
  3. Tidak Obses - Berbanding dengan lelaki metroseksual,lelaki jenis uberseksual tidak perlu terlalu berusaha untuk tampil bergaya. Mereka juga tidaj beria-ia berdandan dan menggunakan produk penjagaan diri berjenama. Ini kerana keadaan semula jadi mereka sudah sedia menawan jadi mereka hanya perlu mempertahankannya sahaja. Golongan ini gemarkan sesuatu yang ringkas dan hasilnya memadailah sederhana. Tidak perlu menghias diri secara keterlaluan kerana mereka sudah sedia memukau.
  4. Ramah mesra - Inilah sifat baik yang ada pada diri uberseksual. Mereka amat mementingkan perhubungan. jadi,mereka sebaik mungkin akan menjaga dan menjalin perhubungan dengan orang sekeliling. Ketika bergaul,mereka tidak cerewet dan memilih. Sebaliknya mereka akan berkenalan dan bertegur sapa dengan sesiapa saja tanpa mengira latar belakang orang itu. Inilah yang menjadikan mereka lebih istimewa. Tidak kira lelaki atau wanita mereka mudah bergaul.

  5. Berkarier mantap - Golongan ini berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Setelah terjun dalam satu-satu bidang,mereka akan pastikan ianya berjaya. Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengecapi impian mereka agar apa yamng diusahakan benar-benar berjaya. Tidak ada perkataan mengalah atau putus asa dalam kamus hidup mereka. Oleh itu, ramai yang memilih uberseksual sebagai idola,sama ada dalam kehidupan peribadi mahu pun kerjaya.

Labels:


8:37 AM

Maaf ye..aku tak tahu mcm mana nak masukkan komen..bila guna blogskin ni.. So,sesiapa yang tahu mcm mana nak masukkan komen..pliss bagitahu A.S.A.P...k TQ! ((bgtahu kat cbox tau!)^^