image
my blog ! Happy blogging ^^
image image image image
Thursday, January 5, 2012


Hari ni..aku nak kongsikan apa yang aku dah baca..tentang PENGURUSAN MASA~

7 PRINSIP PENGURUSAN MASA :

  1. Senaraikan tugas yang perlu dilakukan. Dengan cara ini,gambaran menyeluruh mengenai tugas yang perlu dilakukan dapat dilihat dengan teliti Anda juga mengetahui apa yang sepatutnya dilakukan dalam tempoh yang ditentukan.
     
  2. Pecahkan tugas2 besar kepada tugas2 kecil. Cara ini secara tidak langsung memudahkan tugas itu untuk dilaksanakan.

  3. Tentukan dan asingkan tugas yang perlu disiapkan mengikut keutamaan. Catatkan tugas mana yang hendak didahulukan dan tugas mana yang dikemudiankan.

  4. Jangan menangguhkan kerja. Mulakan sesuatu kerja dengan penuh minat dan konsisten. Tabiat menangguh-nangguhkan kerja sering berlaku dalam kalangan remaja yang tidak tahu menguruskan masa dengan betul. Sebilangan remaja suka melakukan kerja di saat akhir dalam keadaan tergesa-gesa. Hasil kerja anda sebenarnya lambang keperibadian dan tabiat anda.

  5. Bersikap realistik dalam penggunaan masa. Penggunaan masa mestilah lebih realistik berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang disedari. Atur masa supaya bersesuaian dengan potensi diri.

  6. Jangan merancang untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan. Perancangan yang dibuat mestilah masih dalam batas yang ditetapkan. Manusia memerlukan rehat bagi menghasilakan kerja yang lebih berkualiti. Anda boleh berfikir secara rasional sama ada mampu atau tidak untuk melakukan perancangan yang telah dibuat.

  7. Sempurnakan tugas dengan sebaik mungkin. Tiada guna merancang kalau setiap disiplin perancangan itu tidak diikuti. Sempurnakan tugas satu per satu  bagi merealisasikan perancangan dan matlamat anda. Andai kata anda gagal dalam mengendalikannya,hadapilah kenyataan itu dengan sikap positif dan terbuka.


ok..renung-renungkan..dan selamat beramal~ ;p haha!

Labels:


9:57 PM

Maaf ye..aku tak tahu mcm mana nak masukkan komen..bila guna blogskin ni.. So,sesiapa yang tahu mcm mana nak masukkan komen..pliss bagitahu A.S.A.P...k TQ! ((bgtahu kat cbox tau!)^^


Hai..hai...hai....haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~hehe! ;p

Korang semua!! HAPPY NEW YEAR !!!!!!!!!  hehe!

Aku rasa masih belum terlambat kot nak ucap HAPPY NEW YEAR kat korg semua... alaa baru 5/1/2012 belum seminggu lagi..kan ^^ lalala..hehe..bukan apa...masa malam tahun baru tu aku busy..xde masa dah nak update blog..hari ni baru lah berkesempatan nak jengah sini...haihhhhh~

Malam new year aku kat uma je la...xde gi mana2 pun....tak pe la..kat uma pun dapat tengok bunga api gak ;p heheh..hey3..walaupun kawasan uma aku ni pendalaman...kan...tapi bunga api new year tu mcm kat dataran weiii...hahhahaha...besar sungguh la...dekat je ngan rumah aku...sebelum kul 12 tu...aku duk dlm bilik je...tepat kul 12..dah mula bunyi dentum sana dentum sini..perghhhh berlari sakan aku ke belakang pasal nak tengok bunga api punya pasal...hahahha **macam kelakar je** hehehe ;p tapi bunga api kejap je..dlm 20 ke 30 minit je..pas tu aku masuk bilik...:))

Langkah kaki masuk ke rumah lepas tengok bunga api tu..maka aku pun dah melangkah ke tahun baru..2012...di mana aku akan meninggalkan 2011 yg penuh dengan kenangan ^^

Haihhh maka berakhirlah episod aku bergelar remaja belasan tahun..memang aku nak lupakan peristiwa2 yg berlaku sepanjang umur belasan tahun ni...tapi tak bermakna aku melupakan semua...cuma apa yg pahit aku lupakan yg manis aku jdkan kenangan...tapi kadang tu peristiwa yg manis tu yg akn membuat kita menangis..huhhhh! tak tau la kenapa...hmmmm~ 

Tak pe la kan..walau apa pun..semua tu dah berlalu..sekarang ni..kita kena fokus untuk masa akan datang..,sentiasa berdoa..agar tahun 2012 ni lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya..aminn~


Labels:


3:34 AM

Maaf ye..aku tak tahu mcm mana nak masukkan komen..bila guna blogskin ni.. So,sesiapa yang tahu mcm mana nak masukkan komen..pliss bagitahu A.S.A.P...k TQ! ((bgtahu kat cbox tau!)^^