image
my blog ! Happy blogging ^^
image image image image
Thursday, January 5, 2012


Hari ni..aku nak kongsikan apa yang aku dah baca..tentang PENGURUSAN MASA~

7 PRINSIP PENGURUSAN MASA :

  1. Senaraikan tugas yang perlu dilakukan. Dengan cara ini,gambaran menyeluruh mengenai tugas yang perlu dilakukan dapat dilihat dengan teliti Anda juga mengetahui apa yang sepatutnya dilakukan dalam tempoh yang ditentukan.
     
  2. Pecahkan tugas2 besar kepada tugas2 kecil. Cara ini secara tidak langsung memudahkan tugas itu untuk dilaksanakan.

  3. Tentukan dan asingkan tugas yang perlu disiapkan mengikut keutamaan. Catatkan tugas mana yang hendak didahulukan dan tugas mana yang dikemudiankan.

  4. Jangan menangguhkan kerja. Mulakan sesuatu kerja dengan penuh minat dan konsisten. Tabiat menangguh-nangguhkan kerja sering berlaku dalam kalangan remaja yang tidak tahu menguruskan masa dengan betul. Sebilangan remaja suka melakukan kerja di saat akhir dalam keadaan tergesa-gesa. Hasil kerja anda sebenarnya lambang keperibadian dan tabiat anda.

  5. Bersikap realistik dalam penggunaan masa. Penggunaan masa mestilah lebih realistik berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang disedari. Atur masa supaya bersesuaian dengan potensi diri.

  6. Jangan merancang untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan. Perancangan yang dibuat mestilah masih dalam batas yang ditetapkan. Manusia memerlukan rehat bagi menghasilakan kerja yang lebih berkualiti. Anda boleh berfikir secara rasional sama ada mampu atau tidak untuk melakukan perancangan yang telah dibuat.

  7. Sempurnakan tugas dengan sebaik mungkin. Tiada guna merancang kalau setiap disiplin perancangan itu tidak diikuti. Sempurnakan tugas satu per satu  bagi merealisasikan perancangan dan matlamat anda. Andai kata anda gagal dalam mengendalikannya,hadapilah kenyataan itu dengan sikap positif dan terbuka.


ok..renung-renungkan..dan selamat beramal~ ;p haha!

Labels:


9:57 PM

Maaf ye..aku tak tahu mcm mana nak masukkan komen..bila guna blogskin ni.. So,sesiapa yang tahu mcm mana nak masukkan komen..pliss bagitahu A.S.A.P...k TQ! ((bgtahu kat cbox tau!)^^