image
my blog ! Happy blogging ^^
image image image image
Monday, December 5, 2011

"5 CARA MENGENALI LELAKI UBERSEKSUAL"

Selama ni kan..kita selalu dengar pasal lelaki metroseksual..so hari ni kita tengok plak pasal lelaki uberseksual ~
  1. Tidak dibuat-buat - Sifat kelakian dan ketampanan lahir secara semula jadi. Mereka tidak perlu merujuk daripada majalah mahupun mendapatkan pandangan perunding tentang pemilihan fesyen diri. Tidak kira apa jua yang disarungkan pada badan mereka,semuanya kelihatan  elok saja. Bahkan mereka merasa yakin dengan apa yang ditampilkan. Keyakinan yang ada itu membantu mereka untuk mengharungi kehidupan,mereka cuba menerima apa jua yang datang dengan lapang dada dan tidak menjadikannya lebih sukar.

  2. Punya teman akrab - Lelaki biasanya tidak memerlukan teman yang akrab untuk berkongsi suka dan duka,namun sebaliknya bagi lelaki uberseksual. Mereka mempunyai ramai teman akrab dan sering melakukan aktiviti bersifat maskulin bersama. Bagi mereka,meluangkan masa bersama-sama teman juga penting. Selain bercerita tentang bola sepak,mereka juga akan setia mendengar sekali gus bertukar pendapat mengenai masalah yang dihadapi. Dengan itu jiwa mereka lebih tenang dan dapat mengharungi hari mendatang dengan lebih baik.
  3. Tidak Obses - Berbanding dengan lelaki metroseksual,lelaki jenis uberseksual tidak perlu terlalu berusaha untuk tampil bergaya. Mereka juga tidaj beria-ia berdandan dan menggunakan produk penjagaan diri berjenama. Ini kerana keadaan semula jadi mereka sudah sedia menawan jadi mereka hanya perlu mempertahankannya sahaja. Golongan ini gemarkan sesuatu yang ringkas dan hasilnya memadailah sederhana. Tidak perlu menghias diri secara keterlaluan kerana mereka sudah sedia memukau.
  4. Ramah mesra - Inilah sifat baik yang ada pada diri uberseksual. Mereka amat mementingkan perhubungan. jadi,mereka sebaik mungkin akan menjaga dan menjalin perhubungan dengan orang sekeliling. Ketika bergaul,mereka tidak cerewet dan memilih. Sebaliknya mereka akan berkenalan dan bertegur sapa dengan sesiapa saja tanpa mengira latar belakang orang itu. Inilah yang menjadikan mereka lebih istimewa. Tidak kira lelaki atau wanita mereka mudah bergaul.

  5. Berkarier mantap - Golongan ini berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Setelah terjun dalam satu-satu bidang,mereka akan pastikan ianya berjaya. Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengecapi impian mereka agar apa yamng diusahakan benar-benar berjaya. Tidak ada perkataan mengalah atau putus asa dalam kamus hidup mereka. Oleh itu, ramai yang memilih uberseksual sebagai idola,sama ada dalam kehidupan peribadi mahu pun kerjaya.

Labels:


8:37 AM

Maaf ye..aku tak tahu mcm mana nak masukkan komen..bila guna blogskin ni.. So,sesiapa yang tahu mcm mana nak masukkan komen..pliss bagitahu A.S.A.P...k TQ! ((bgtahu kat cbox tau!)^^